Translate

Tuesday, 3 December 2013

  ISU KEBURUKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN


              Dewasa ini, penggunaan teknologi semakin luas diaplikasikan dalam bidang pendidikan terutamanya.Hal ini demikian, adalah bertujuan untuk memudahkan para pelajar dan guru.Mereka tidak perlu lagi bersusah payah menyalin nota lagi seperti dahulu kerana kini guru dan pensyarah boleh hanya memuat naik nota dan pelajar boleh terus mengakses dan memuat turun nota secara dalam talian.


          Namun demikian, penggunaan teknologi walalupun semakin baik dan tidak dapat dinafikan kelebihannya, namun hal ini turut membawa impak buruk kepada pelajar.Hal ini demikian, dengan kemudahan ini akan menjadikan pelajar lebih malas dan tidak mengenal erti berdikari seperti generasi terdahulu.Selain itu, hal ini juga tidak akan merangsang minda mereka untuk berfikir kepada penyelesaian masalah yang berlaku di sekeliling mereka.


       Oleh yang demikian, beberapa langkah pencegahan seharusnya diambil dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah ini daripada terus menular dan akhirnya merosakkan generasi muda kini.Anatar langkahnya adalah seperti mengurangkan penggunaan teknologi dalam pendidikan.Pelajar seharusnya diajar kembali dan disematkan nilai berusaha agar mereka mengahargai ilmu yang dihidangkan di hadapan mereka.Selain itu, para pelajar juga digalakkan agar kembali seperti masa dahulu, iaitu mengaplikasikan teknik pembelajaran generasi terdahulu agar mereka tidak hanyut dengan kemudahan dan kemewahan yang diperolehi pada masa kini.Penngunaan teknologi juga seharusnya diminimakan agar pelajar tidak berasa terlalu selesa dan tidak mengenal erti berdikari dalam mencari ilmu.







TUGASAN INDIVIDU-PENGHASILAN PRODUK

       
           

            Video menarik mengenai perbandingan antara teknologi yang digunakan oleh generasi remaja pada tahun 80-an dan remaja sekarang.Turut diselitkan unsur lucu.
           Video mengenai keadaan bilik darjah pada masa hadapan.Sangat berinformasi dan menjana minda untuk berfikir.
           Gambaran mengenai teknologi terbaru yang dijangka pada tahun 2015.Video yang amat menarik dan berinformasi.